Thursday, December 20, 2018

FOTO-FOTO AKTIVITI PKG KUALA KRAU, ZON PENDIDIKAN KUALA KRAU DAN PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH SEPANJANG TAHUN 2017

1. Pemantauan VDI Think Client Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2017

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Zon PKG Kuala Krau Bil.1/2017

3. Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Dan ICT Sekolah SMK Kuala Krau 2017

4. Program Puan Norjehan PKG Teruntum 2017

5. Program Perasmian Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) SMK Kuala Krau 2017

6. Program Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bersama Pentadbir Zon Pendidikan Kuala Krau 2017

7. Program VLE Bersama Miss Thana Frog Asia 2017

8. Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari Dan Guru ICT Zon PKG Kuala Krau 2017

9. Majlis Perpisahan Guru Besar Zon Pendidikan Kuala Krau 2017

10. Mesyuarat Guru Perpustakaan Media Zon PKG Kuala Krau 2017

11. Majlis Penyerahan Peranti YES Untuk Sekolah-Sekolah 4G Daerah Temerloh 2017

12. Majlis Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia SK Kuala Krau 2017

13. Bengkel Guru Perputakaan Media Baharu Daerah Temerloh 2017

14. Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Temerloh 2017

15. Pertandingan Bowling Antara PKG Daerah Temerloh Dan Perbadanan Perpustakaan Awam
      Daerah Temerloh 2017

16. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Zon PKG Kuala Krau Bil.2/2017

17. Majlis Penutupan Program MIRB SK Kuala Krau 2017

18. Program Jom Baca 10 Minit Daerah Temerloh 2017

19. Program VLE Untuk Pengetua/Guru Besar Zon PKG Kuala Krau 2017

20. Lawatan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) 
      Pahang, Tuan Haji Mohamed Kamal Bin Hashim Ke Bilik Multimedia SK Kuala Krau dan Pusat 
      Akses Sekolah (PUAS) SMK Kuala Krau 2017

21. Pemantauan Pusat Akses Sekolah (PUAS) SMK Kuala Krau 2017

22. Program LADAP VLE SBPI Temerloh 2017

23. Kejohanan Bolah Sepak U12 MSSD Temerloh 2017

24. Majlis Perlancaran Perkampungan Kluster Zon Pendidikan Kuala Krau 2017

25. Pemantauan Pembestarian Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2017

26. Majlis Persaraan Guru Besar SK Kuala Mai Bharu 2017

27. Sambutan Hari Guru SK Kuala Krau 2017

28. Khidmat Bantu Pusat Sumber SK Bukit Damar 2017

29. Pertandingan Bowling Semperna Hari Guru SK Kuala Krau 2017

30. Bengkel VLE Untuk Admin Zon Pendidikan Kuala Krau 2017

31. Program Malaysia Mengaji 1 Jam SK Kuala Krau 2017

32. Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Kuala Krau 2017

33. Sambuatan Hari Raya Dan Hari Guru Daerah Temerloh 2017

34. Mesyuarat Hakim Tokoh NILAM Zon PKG Lanchang 2017

35. Penilaian Bilik BOSS SMK Kuala Krau 2017

36. SK Felda Jenderak Utara Dilanda Ribut 2017

37. Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Zon PKG Kuala Krau 2017

38. Jamuan Hari Raya PKG Daerah Temerloh 2017

39. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Zon PKG Kuala Krau Bil.3/2017

40. Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Temerloh 2017

41. Program 5P PPD Temerloh 2017

42. Taklimat SSQS Untuk Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2017

43. Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah SJKC & SJKT Pringkat Negeri Pahang 
      2017

44. Bengkel NILAM ditambah Baik Untuk Guru Perpustakaan Media (GPM)  Daerah Temerloh 2017

45. Karnival Pra Sekolah Daerah Temerloh 2017

46. Program Jelajah Tokoh NILAM Daerah Temerloh 2017

47. Khidmat Bantu Kabel Optik SK Kuala Mai Bharu 2017

48. Laporan Kios PKG Kuala Krau 2017

49. Pemantauan Menara 1BRIS SBPI Temerloh, SJKT Ldg Bee Yong dan SK Paya Luas 2017

50. Taklimat YTL Di SMK Seri Tualang 2017

51. Kunjung Hormat PKG Kuala Krau Ke SK Penderas Bagi Meraikan Guru Besar Baharu 2017

52. Kunjung Hormat PKG Kuala Krau Ke SK Paya Luas Bagi Meraikan Guru Besar Baharu 2017

53. Kunjung Hormat PKG Kuala Krau Ke SJK(T)  Ldg Bee Yong Bagi  Meraikan Guru Besar Baharu
      2017

54. Kunjung Hormat PKG Kuala Krau Ke SK Kuala Tekal Bagi Meraikan Guru Besar Baharu 2017

55. Program Khidmat Batu Pusat Sumber Sekolah SJKT Ldg Bee Yong 2017

56. Program Khidmat Batu Pusat Sumber Sekolah SJKT Ldg Sg. Tekal 2017

57. Kunjung Hormat PKG Kuala Krau Ke SK Gunong Senyum Bagi Meraikan Guru Besar Baharu
      2017

58. Kerja-Kerja Penambahbaikan Pendawaian Elektrik PKG Kuala Krau 2017

59. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Zon PKG Kuala Krau Bil.4/2017

60. Bengkel VLE untuk Guru Penolong Kanan Sekolah-Sekolah 4G Daerah Temerloh 2017

61. Bimbing Selia KIT SK Kuala Krau 2017

62. Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Temerloh Bil 2/2017

63. Sambutan Hari Kanak-Kanak Anjuran Perpustakaan Awam Temerloh 2017

64. Anugerah VLE Peringkat Kebangsaan SK Jenderak 2017

65. Program I-THINK PPD Temerloh 2017

66. Majlis Perasmian Kem Mambaca 1 Malaysia SK Kuala Mai Bharu 2017


Monday, December 10, 2018

FOTO-FOTO AKTIVITI PKG KUALA KRAU, ZON PENDIDIKAN KUALA KRAU DAN PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH SEPANJANG TAHUN 2016

1. Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Kuala Krau Bil 1/2016

2. Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti Daerah Temerloh 2016

3. Lawatan Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) Ke Terengganu 2016

4. Bengkel Microsoft Office 2013 Untuk Pentadbir Zon PKG Kuala Krau 2016

5. Mesyuarat Dan Bengkel Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT Zon PKG Kuala Krau 2016

6. Mesyuarat Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Serta Bengkel Fail Kuasa Untuk GPM Zon PKG Kuala Krau 2016

7. Lawatan Majlis Guru Besar (MGB) Zon Pendidikan Kuala Krau Ke Tumpat, Kelantan 2016

8. Perlancaran Perkampungan Kecemerlangan Kluster Zon Pendidikan Kuala Krau 2016

9. Khidmat Bantu Perpustakaan Sekolah SK Jenderak 2016

10. Gerak Gempur Laporan Bersepadu Sekolah VSAT Zon PKG Kuala Krau 2016

11. Sambutan Hari Guru SK Kuala Krau 2016

12. Gerak Gempur VLE Zon Pendidikan kuala Krau 2016

13. Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Zon PKG Kuala Krau 2016

14. Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Di PKG Kuala Krau 2016

15. Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Kuala Krau 2016

16. Taklimat SSQS Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2016

17. Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Temerloh 2016

18. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau Bil 2/2016

19. Pemantauan ISO PKG Kuala Krau 2016

20. Taklimat Bandwidth 1BestariNet Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2016

21. Program Penutupan Perkampungan Kluster Kecemerlangan Zon Pendidikan Kuala Krau 2016

22. Karnival PraSekolah Zon Pendidikan Kuala Krau 2016

23. Kerja-Kerja Menyiapkan Kios dan Stor PKG Kuala Krau 2016

24. Pemantauan Pembestarian Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2016

25. Bengkel Penghasilan Banner Untuk Guru-Guru Zon PKG Kuala Krau 2016

26. Khidmat Bantu Pusat Sumber SMK Kerdau 2016

27. Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SK Lanchang 2016

28. Khidmat Bantu Pusat Sumber SMK Bukit Damar 2016

29. Program Moh Baca Upin Ipin SK Lanchang 2016

30. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau Bil. 3/2016

31. Bengkel Google Drive dan Perasmian Kios PKG Kuala Krau 2016

32. Pemantauan ICT Sekolah-Sekolah Zon PKG Kuala Krau 2016

33. Hari Anugerah SK Kuala Krau 2016

34. Jamuan Tahun 6 SK Kuala Krau 2016

35. Majlis Persaraan Cikgu Jamilah SK Kuala Krau 2016


Sunday, December 2, 2018

PKG KUALA KRAU 2019


" Kami berikrar untuk terus cemerlang dan sentiasa membuat yang terbaik dalam setiap kerja buat kami. Kerja kami semua berlandaskan kerja sebagai satu ibadah."

Tuesday, November 27, 2018

BENGKEL VERIFIKASI DAN DIALOG PEMBUDAYAAN FROG VLE KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMERLOH 2018 | PPD TEMERLOH | 27 NOVEMBER 2018


Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk memberi maklumat terkini berkaitan Frog VLE kepada semua Guru Besar dan wakil yang hadir. Ia telah diadakan di Gerbang Cendekia PPD Temerloh.

Foto oleh : Fauzi
Foto Bengkel Pembudayaan VLE Daerah Temerloh 2018

Sunday, November 25, 2018

LAWATAN PENANDA ARASAN DAN LAWATAN MUHIBAH PKG KUALA KRAU KE PKG TAHN | 26 NOVEMBER 2018 | MCK

Puan Anita, PTP PKG Tahan ( 3 dari kanan) telah mementerai MoU bersama PKG Kuala Krau untuk menjalankan beberapa program bersama menjelang tahun 2019 kelak. Semoga ia dapat dilaksanakan dengan baik.
 Alhamdulillah, lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya. Semua staf PKG Kuala Krau berjaya melaksanakan prgram ini dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada Puan Anita binti Talib, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tahan di atas sambutan yang diberikan. Walaupun ia ringkas tetapi sangat bermakna untuk meningkatkan hubungan antara staf PKG. Semoga ia memberi manfaat yang baik kepada kita semua.

Berkunjung ke PKG Gelanggi dalam perjalanan pulang dari PKG Tahan tadi. Encik Rosdan (3 hari kanan) telah sudi menyambung dan memberi input yang boleh dikongsikan. Terima kasih dirakamkan buat semua.
Dalam perjalanan pulang, sempat kami singgah membuat lawatan ke PKG Gelanggi. Terima kasih diucapkan kepada Encik Rosdan kerana menerima kunjungan kami tadi. PKG Kuala Krau merancang untuk mengadakan lawatan yang lain bagi berkongsi pendapat, pengalaman dan budaya kerja. Insha Allah kami merancang untuk mengadakan lawatan seperti ini lagi di lokasi lain pada tahun hadapan.

Puan Anita (kiri) dan Nurhuda sedang menandatangani MoU aktiviti lawatan dan program 2019.
Semoga jalinan perhubungan ini dapat mengeratkan lagi pelbagai agenda bersama.
Foto : Fauzi dan Yondrika
Foto-foto peristiwa boleh di akses di : Laman Foto Lawatan Penanda Arasan ke PKG Tahan 2018

Wednesday, November 21, 2018

KLIP FOTO JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT SK KUALA KRAU | HOTEL SERI MALAYSIA, TEMERLOH | 19 NOVEMBER 2018 | MCK



Saksikan Klip Foto yang dirakaman pada majlis tersebut. Semoga ia menjadi kenangan terbaik buat kita semua.

Hakmilik | BULETIN DIGITAL@PKG KUALA KRAU 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK KUALA KRAU | 21 NOVEMBER 2018 | DEWAN TERBUKA

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga ia membawa makna yang indah dalam merialisasikan suatu yang akan dikenang sepanjang zaman.

Foto oleh : Yondrika
Download foto Foto-foto peristiwa HAKSKKK2018
Hakmilik PKG Kuala Krau 2018

Monday, November 19, 2018

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU SK KUALA KRAU | 19 NOVEMBER 2018 | 8.00 MALAM | HOTEL SERI MALAYSIA | TEMERLOH | MCK


Guru-guru memperagakan Arabic Style sebagai tema majlis kali ini.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Guru SK Kuala Krau yang telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam yang diadakan pada malam tadi. Suasana yang ceria dengan bertemakan Arabic Style. Sambutannya juga begitu baik dan boleh diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Turut hadir bersama dalam majlis ini, saudara Mazlan bin Che Kob, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Krau. Majlis dimulakan seawal jam 8.30 malam dan telah berjalan dengan lancar. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama guru, staf dan keluarga.

Klik Di sini : Foto-foto peristiwa Majlis Jamuan Makan Malam SK Kuala Krau 2018

Thursday, October 4, 2018

BENGKEL PENGOPERASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU EDISI 1-2018

BATU SAWAR - 3 OKTOBER 2018 | Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau dengan kerjasama SK Batu Sawar telah menganjurkan bengkel ini. Usaha ini bagi membantu para Guru Perpustakaan dan Media (GPM) kelompok PKGKK meningkatkan pengetahuan, kebolehan mengurus PSS dan memberi pendedahan pengoperasian PSS abad 21. 
Tuan Haji Mohamed Kamal Hashim ( Dua dari Kanan) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta yang hadir. Turut  hadir dalam majlis ini, Tuan Haji Hamdan, Guru Besar SK Batu Sawar.

Dalam ucapannya,  Tuan Haji Hamdan, selaku Guru Besar SK Batu Sawar menegaskan bahawa peri pentingnya pengetahuan pengurusan PSS ini. " Kita berharap proses ini akan berterusan sehingga membawa kejayaan yang diharapkan." ujar Tuan Haji Hamdan.

Bengkel pengoperasian ini telah dipimpin oleh Saudara Mazlan Che Kob, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Krau. Banyak info telah disampaikan melalui bengkel kali ini. Ia akan diteruskan sebagai aktiviti rutin bagi membantu GPM menguruskan PSS.

Majlis penutupan bengkel kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Pahang. "Menguruskan PSS ini memerlukan ketekunan dan kerjanya juga berterusan." tegas beliau dalam ucapan penutupan.

Edisi kali ini dihadiri oleh semua sekolah kelompok PKG Kuala Krau dan rata-rata melahirkan perasaan teruja apabila info-info yang disampaikan dapat membantu mereka menguruskan pusat sumber sekolah masing-masing. Semoga program seperti ini diadakan dari masa ke semasa bagi membantu GPM menguruskan PSS dengan lebih cekap dan secara lebih berkesan.

Foto aktiviti :
Papar/muat-turun foto-foto peristiwa/aktiviti

Wednesday, September 26, 2018

PENERAPAN BUDAYA MEMBACA SK KUALA KRAU

Aktiviti ini dijalankan pada setiap awal pagi, sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bacaan senyap dalam beberapa minit dan murid wajb membawa bahan bacaan. Ia tidak tertakluk kepada buku-buku akademik sahaja malah boleh membaca apa sahaja bahan yang mendatangkan manfaat. Semoga budaya membaca ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dan seterusnya menjayakan proses pendidikan buat mereka.



Jika kita hendak membentuk budaya membaca pada semua murid, maka platform inilah paling sesuai. Sekiranya ia sudah menjadi suatu amalan, sudah tentu ia akan memberi impak yang diharapkan. BUDAYA membaca amat penting bagi pembentukan minda seseorang pelajar khususnya. Para pelajar harus didedahkan dengan bahan bacaan dan aspek pembacaan yang berkualiti bagi melahirkan generasi pelapis pada masa hadapan. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari pada tanggal 6 April 1933, Jerman telah menyaksikan segolongan mahasiswa di bawah rejim Nazi melancarkan “Biblioclasm” bagi menghapuskan buku-buku yang kononnya disifatkan “anti-Jerman”.
Kira-kira 2000 tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar buku-buku yang dianggap berbau Confuscian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular.

Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol.
Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang. Ini semua tidak dapat memadamkan budaya membaca kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada individu. Masyakat membaca, masyarakat bertamadun dan berilmu.

Amalan ini harus diteruskan dan ia tidak perlu dibuang jauh dari amalan seharian kita. Jika ia diteruskan hingga ke rumah atau keluarga, sudah tentu ia membawa manfaat yang sangat baik.

SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU



1. SK Kuala Mai Baharu




2. SK Kuala Tekal




Tuesday, September 18, 2018

UCAPAN UNTUK CALON UPSR SK KUALA KRAU 2018 by TVPKGKK



TVPKGKK 2018 telah menyediakan ucapan khas sempena UPSR 2018 bagi murid-murid Tahun 6 sekolah ini. Ia telah dimuat-naik ke youtube sebagai platfrom mudah akses oleh seluruh komuniti ini. Semoga ia membantu.Selamat menonton dan hayatilah setiap ungkapan.
Admin


Thursday, September 13, 2018

PKG KUALA KRAU DILANDA BANJIR BESAR 2014


Tanggal 24 Disember 2014, satu titip hitam melanda Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau serta penduduk negeri Pahang dan Kelantan apabila banjir besar melanda yang menyamai 'Bah Merah' 1971.
                                   
Bangunan Pusat Kegiatan Guru yang berada di aras bawah blok A Sekolah Kebangsaan Kuala Krau telah di tenggelami air sepenuhnya  selama seminggu bermula 24 Disember 2014 iaitu sehari sebelum perayaan Krismas.

Suasana dan keadaan selepas banjir besar ini begitu menyedihkan. keseluruhan perabot, peralatan ict dan fail-fail didalam premis PKG Kuala Krau musnah keseluruhannya. hampir setahun kami terpaksa beroperasi dengan hanya ada 3 buah meja dan kerusi didalam premis PKG.

Kami bersama pihak sekolah, badan kerajaan, NGO-NGO dari serata negeri serta penduduk kampung bertungkus lumus selama hampir sebulan untuk membaik pulih semula infrastuktur seperti sedia kala. terima kasih kepada semua yang membantu kami. hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas budi baik semua pihak.

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan terjadinya semua perkara. Apa yang dapat kami lakukan hanyalah berdoa agar banjir besar seperti tahun 2014 tidak lagi melanda PKG Kuala Krau. Peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kami anggap ini sebagai sebahagian dari ujian dari-Nya kepada kami agar tidak alpa dan lalai dalam melaksanakan perintah-Nya.



                               Foto-foto PKG Kuala Krau dilanda Banjir Besar 2014

Tuesday, September 11, 2018

FOTO-FOTO KARNIVAL DAHWAH SEKOLAH-SEKOLAH ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI PAHANG DI SMK KUALA KRAU DAN PENDERAS 2018

Assalam dan salam sejahtera,

Maklumat seperti di atas boleh dimuat-turun pada bila-bila masa apabila selesai proses muat-naik. Semua bahan tersebut adalah MILIK PKG KUALA KRAU bagi Edisi Buletin Digital 2018. Foto-foto tersebut boleh diguna untuk tujuan pendidikan sahaja dan sekiranya mana-mana sekolah yang memerlukan salinan asal (Origenal) bolehlah berhubung dengan PKG Kuala Krau. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya.

Admin
Pegawai Teknologi Pendidikan
Buletin Digital 2018
Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau
@kualakrauphotoview2018
11 September 2018

Friday, September 7, 2018

KOLEKSI PHOTO PERISTIWA 2018

Assalam dan salam sejahtera buat semula pelayar Buletin Digital PKG Kuala Krau 2018. Anda boleh muat-turun foto-foto yang dikongsi dan hakmilik BULETIN DIGITAL PKG KUALA KRAU. 
Semoga ia membantu pelayar untuk pilih dan guna bahan foto yang dikongsikan. 

Admin
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Kuala Krau
07 September 2018

[ SILA KLIK PADA LINK ATAU FOTOLINK YANG DISEDIAKAN ]

Selamat Datang Ke Buletin Digital PKG Kuala Krau 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
buat semua pelayar BULETIN DIGITAL PKG KUALA KRAU 2018 ini. Semoga paparan berita-berita pendidikan di sekitar PKG Kuala Krau akan menjadi rujukan dan wadah buat semua.Semua ia akan membantu. Sebarang pertanyaan dan penambahbaikan atau penyertaan boleh terus berhubung dengan kami.

Teruskan kekal melayari buletin Digital PKG Kuala Krau untuk bahan berita yang terkini berkaitan pendidikan Kuala Krau.

Admin
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Kuala Krau 2018