Friday, March 29, 2019

PRAPELANCARAN DEKAD MEMBACA & KEMPEN GALAKAN MEMBACA NEGERI PAHANG #PAHANGMEMBACA 2019

TEMERLOH | 9 APRIL 2019 - PELANCARAN ini telah diadakan di daerah Temerloh dengan meriah sekali. acara yang berlangsung pukul 9.30 pagi ini, dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Allah selamatkan sultan kami. Majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh murid-murid Prasekolah SK Jalan Bahagia,Temerloh. Majlis di teruskan dengan ucapan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar dan ucapan perasmi program Dekad Membaca dan Kempen Galakan Membaca Negeri Pahang iaitu En. Ulya Aqamah Husamudin, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pendidikan Malaysia.

Turut hadir didalam program ini ialah pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, pegawai dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh, pegawai dan staf Pusat Kegiatan Guru Daerah Temerloh, Pengetua dan Guru Besar Daerah Temerloh, pegawai dan staf Perpustakaan Awam Daerah Temerloh, pengurus Men Men Group dan Pengurus Mcdonald Temerloh. Di dalam program ini juga semua para hadirin telah membaca buku selama 30 minit tepat pada pukul 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan slogan #PAHANGMEMBACA serentak dengan warga pendidikan seluruh negeri Pahang.

Di akhir program, pihak urusetia telah menyerahkan fail laporan Pahang Membaca kepada Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang dan Encik Ulya Aqamah. Program ini  juga telah mendapat pujian daripada Encik Ulya Aqamah. Beliau begitu gembira dan berbangga dengan statistik yang dikeluarkan  apabila seramai 203,799 orang warga pendidikan seluruh negeri Pahang telah melibatkan diri dalam menjayakan program membaca 30 minit ini.

Kami bagi pihak penganjur sekali mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.

Ingatan tulus ikhlas dari kami kepada :

1. YANG BERBAHAGIA
     EN. ULYA AQAMAH BIN HUSAMUDDIN
     PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

2. YANG DIHORMATI
     TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
     TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG

3. YANG BERUSAHA
    TUAN HAJI WAN ABDUL HAMID BIN HAJI WAN MOHAMAD
    PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH

4. YANG DIHORMATI
    PN. ZULAIHA BT AHMAD
    KETUA PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH TEMERLOH

5. YANG DIHORMATI
    EN. SUFIAN BIN AWANG
    PENGURUS MCDONALD'S TEMERLOH

6.YANG DIHORMATI
   CIK AZLINDA BT MOHAMAD
   EKSEKUTIF PEMASARAN SYARIKAT MEN MEN GROUP SDN BHD

7. YANG DIHORMATI
    YANG DIPERTUA MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DAERAH TEMERLOH

8. YANG DIHORMATI
     YANG DIPERTUA MAJLIS GURU BESAR DAERAH TEMERLOH

9. PEGAWAI - PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

10. PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

11. PEGAWAI DAN STAF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH

12. PEGAWAI DAN STAF PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH TEMERLOH

13. PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH TEMERLOH

14. GURU-GURU, MURID -MURID SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG        DAN TIDAK LANGSUNG MENJAYAKAN PROGRAM INI.






Wednesday, March 20, 2019

PROGRAM KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019



Program ini anjuran bersama PPD Temerloh, PKG Kuala Krau, Majlis Guru Perpustakaan dan Media Zon PKG Kuala Krau, PKG Daerah Temerloh dan GPM Daerah Temerloh.
Jom ke PBAKL2019

Monday, March 18, 2019

ZON MENTAKAB JUARA KESELURUHAN MTQSS PERINGKAT DAERAH TEMERLOH EDISI 2019M/1440H | 19 MAC | SK KUALA KRAU


Tahniah di atas kejayaan ini dan semoga ia membawa kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang. Kepada yang tidak berjaya, anggaplah ini suatu permulaan untuk melangkah dengan lebih cemerlang lantas menyusun strategik untuk mencipta kejayaan.


Klik Di sini untuk FOTO-FOTO PERISTIWA MTQSS

MTTQS PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2019H/1440H | 19 MAC 2019 /12 REJAB 1440 | SK KUALA KRAU

SK KUALA KRAU | Majlis Tadarus dan Tilawah Sekolah Sekolah (MTQSS) peringkat daerah Temerloh berlangsung pada hari ini dengan meriahnya. Pelbagai acara pertandingan diadakan seperti tilawah, bercerita, hafazan dan sebagainya. Diharapkan acara ini dapat mengeratkan silaturahim sesama peserta, guru dan semua yang hadir.

Kesungguhan anak-anak kecil ini mendendangkan lagu-lagu berirama padang pasir perlu dihayati kerana bukan lagu yang menjadi taruhan, tetapi baris-baris ayatnya yang perlu diambil iktibar.
Majlis dijalankan secara serentak di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Misalnya pertandingan nasyid diadakan di dewan terbuka, bercerita di bilik Multimedia dan sebagainya. Manakala peserta pula membuat persembahan dengan begitu baik dan berkualiti. Bakat-bakat mereka ini sebenarnya amat teserlah dan menarik. Memang benar kata pujangga bahawa bakat ini jika diasah dan diasuh ia akan berkembang seperti sekuntum bunga yang cantik dan mewangi. Semoga anak-anak yang menyertai MTQSS pada kali ini dapat dijadikan sebagai contoh dan beraksi di pentas yang lebih besar pada masa-masa akan datang.

Bakat-bakat ini perlu digilap dari masa ke semasa bagi memastikan kelangsungan MTQSS tidak suram dan tenggelam.





[ Berita dan foto akan dikemaskini selepas program ini berlangsung. Anda boleh akses semua bahan ini selepas dimuatnaik]

Wednesday, March 13, 2019

VIDEO KEJAYAAN PENDIDIKAN DI SK PAYA LUAS, TEMERLOH TERUTAMANYA BAGI MASYARAKAT ORANG ASLI


Selamat menonton dan jadikan ia sumber pendidikan dan rujukan. 

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM) SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG KUALA KRAU 2019

                                    Guru GPM Sekolah-Sekolah Ahli PKG Kuala Krau 2019


21 FEBRUARI 2019 | Bertempat di SK Penderas, Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Mesyuarat Guru Perpustakaan Media (GPM) untuk Sekolah-Sekolah Ahli. Seramai 18 orang GPM telah mengambil bahagian dalam bengkel dan mesyuarat ini.

                                           En. Mazlan bersama dengan Cikgu Sarifudin

          Mesyuarat GPM ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Sarifudin dari SK Kuala Mai Bharu yang telah dilantik menjadi YDP Majlis GPM Sekolah-Sekolah Ahli PKG Kuala Krau. Manakala Bengkel Pengurusan Pusat Sumber pula disampaikan oleh En. Mohd Fauzi dan En. Mazlan, Pegawai Teknologi Pendidikan Kuala Krau.

                              GPM SK Penderas memberi taklimat kepada GPM yang hadir


          Sebelum berakhirnya program pada hari tersebut, Semua GPM telah berpeluang melawat perpustakaan SK Penderas. GPM SK Penderas, cikgu Fairuzyani memberi taklimat kepada semua GPM yang hadir. Keistimewaan perpustakaan SK Penderas ini ialah, perpustakaannya telah dilengkapi sekali dengan 'i-library' dan 'toy library'. Kami di PKG Kuala Krau mengharapkan semua GPM dapat mengambil manfaat dalam bengkel dan mesyuarat yang telah dijalankan ini dan dapat diaplikasikan di perpustakaan sekolah masing-masing.



                                              Untuk lebih banyak foto, sila klik disini         
                 




BENGKEL PENGISIAN STS DAN MESYUARAT GPB/FT SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU 2019

                                                  En Mazlan sedang memberi taklimat

20 FEBRUARI 2019 | Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Krau telah mengadakan Bengkel pengisian Support Ticketing System (STS) dan mesyuarat untuk Guru-Guru Penyelaras Bestari serta Juruteknik Komputer untuk sekolah-sekolah kelompok. Bengkel ini bermula pada pukul 8.30 pagi di SMK Kerdau.


                                          Ucapan Pengerusi GPB Kelompok En Helmi Reza

Antara pengisian yang terdapat dalam bengkel ini ialah bagaimana sekolah-sekolah dapat membuat laporan kerosakan ICT di sekolah dengan menggunakan sistem STS ini. Selain itu, perkara yang dibincangkan adalah isu penjawatan, masalah ICT di sekolah, tugas-tugas GPB dan lain-lain lagi.
Dalam mesyuarat kali ini juga telah diadakan pelaktikan jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari Kelompok PKG Kuala Krau dan ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Cikgu Helmi Reza dari SK Jenderak Utara sebagai pengerusi.

                                     
                                            Lagi gambar disini

SESI RAKAMAN VIDEO KOPERAT SK PAYA LUAS

                                                       Sesi rakaman Tuan Guru Besar

14 FEBRUARI 2019 | PKG Kuala Krau telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sebuah video koperat untuk Sekolah Kebangsaan Paya luas. Video selama 15 minit ini akan menceritakan segala pencapaian, kelebihan dan kebitaraan Sekolah Kebangsaan Paya Luas ini.

                                                       Rakaman Guru Penyelaras Bestari


Terima kasih kepada pentadbir sekolah, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Paya Luas yang memberi sepenuh kerjasama kepada PKG Kuala Krau dalam menyiapkan rakaman video koperat ini.

                                                              Lebih banyak gambar disini.

Tuesday, March 12, 2019

SESI FOTOGRAFI UNTUK KEGUNAAN CARTA ORGANISASI SK (F) JENDERAK UTARA

12 Mac 2019 | Hari ini sesi Fotografi untuk pengisian carta organisasi pegawai dan staf sekolah telah dibuat oleh PKG Kuala Krau. Jurufoto yang bertugas ialah Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman, PTP2 dan Yondrika, Juruteknik komputer. Program sokongan ini bagi membantu pihak sekolah merealisasikan rakaman foto untuk kegunaan profil, pengisian borang dan sebagainya. Semoga khidmat  bantu ini dapat memberi mafaat kepada seluruh warga sekolah.