Wednesday, September 26, 2018

PENERAPAN BUDAYA MEMBACA SK KUALA KRAU

Aktiviti ini dijalankan pada setiap awal pagi, sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bacaan senyap dalam beberapa minit dan murid wajb membawa bahan bacaan. Ia tidak tertakluk kepada buku-buku akademik sahaja malah boleh membaca apa sahaja bahan yang mendatangkan manfaat. Semoga budaya membaca ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dan seterusnya menjayakan proses pendidikan buat mereka.



Jika kita hendak membentuk budaya membaca pada semua murid, maka platform inilah paling sesuai. Sekiranya ia sudah menjadi suatu amalan, sudah tentu ia akan memberi impak yang diharapkan. BUDAYA membaca amat penting bagi pembentukan minda seseorang pelajar khususnya. Para pelajar harus didedahkan dengan bahan bacaan dan aspek pembacaan yang berkualiti bagi melahirkan generasi pelapis pada masa hadapan. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari pada tanggal 6 April 1933, Jerman telah menyaksikan segolongan mahasiswa di bawah rejim Nazi melancarkan “Biblioclasm” bagi menghapuskan buku-buku yang kononnya disifatkan “anti-Jerman”.
Kira-kira 2000 tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar buku-buku yang dianggap berbau Confuscian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular.

Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol.
Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang. Ini semua tidak dapat memadamkan budaya membaca kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada individu. Masyakat membaca, masyarakat bertamadun dan berilmu.

Amalan ini harus diteruskan dan ia tidak perlu dibuang jauh dari amalan seharian kita. Jika ia diteruskan hingga ke rumah atau keluarga, sudah tentu ia membawa manfaat yang sangat baik.

SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU



1. SK Kuala Mai Baharu




2. SK Kuala Tekal




Tuesday, September 18, 2018

UCAPAN UNTUK CALON UPSR SK KUALA KRAU 2018 by TVPKGKK



TVPKGKK 2018 telah menyediakan ucapan khas sempena UPSR 2018 bagi murid-murid Tahun 6 sekolah ini. Ia telah dimuat-naik ke youtube sebagai platfrom mudah akses oleh seluruh komuniti ini. Semoga ia membantu.Selamat menonton dan hayatilah setiap ungkapan.
Admin


Thursday, September 13, 2018

PKG KUALA KRAU DILANDA BANJIR BESAR 2014


Tanggal 24 Disember 2014, satu titip hitam melanda Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau serta penduduk negeri Pahang dan Kelantan apabila banjir besar melanda yang menyamai 'Bah Merah' 1971.
                                   
Bangunan Pusat Kegiatan Guru yang berada di aras bawah blok A Sekolah Kebangsaan Kuala Krau telah di tenggelami air sepenuhnya  selama seminggu bermula 24 Disember 2014 iaitu sehari sebelum perayaan Krismas.

Suasana dan keadaan selepas banjir besar ini begitu menyedihkan. keseluruhan perabot, peralatan ict dan fail-fail didalam premis PKG Kuala Krau musnah keseluruhannya. hampir setahun kami terpaksa beroperasi dengan hanya ada 3 buah meja dan kerusi didalam premis PKG.

Kami bersama pihak sekolah, badan kerajaan, NGO-NGO dari serata negeri serta penduduk kampung bertungkus lumus selama hampir sebulan untuk membaik pulih semula infrastuktur seperti sedia kala. terima kasih kepada semua yang membantu kami. hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas budi baik semua pihak.

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan terjadinya semua perkara. Apa yang dapat kami lakukan hanyalah berdoa agar banjir besar seperti tahun 2014 tidak lagi melanda PKG Kuala Krau. Peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kami anggap ini sebagai sebahagian dari ujian dari-Nya kepada kami agar tidak alpa dan lalai dalam melaksanakan perintah-Nya.



                               Foto-foto PKG Kuala Krau dilanda Banjir Besar 2014

Tuesday, September 11, 2018

FOTO-FOTO KARNIVAL DAHWAH SEKOLAH-SEKOLAH ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI PAHANG DI SMK KUALA KRAU DAN PENDERAS 2018

Assalam dan salam sejahtera,

Maklumat seperti di atas boleh dimuat-turun pada bila-bila masa apabila selesai proses muat-naik. Semua bahan tersebut adalah MILIK PKG KUALA KRAU bagi Edisi Buletin Digital 2018. Foto-foto tersebut boleh diguna untuk tujuan pendidikan sahaja dan sekiranya mana-mana sekolah yang memerlukan salinan asal (Origenal) bolehlah berhubung dengan PKG Kuala Krau. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya.

Admin
Pegawai Teknologi Pendidikan
Buletin Digital 2018
Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau
@kualakrauphotoview2018
11 September 2018

Friday, September 7, 2018

KOLEKSI PHOTO PERISTIWA 2018

Assalam dan salam sejahtera buat semula pelayar Buletin Digital PKG Kuala Krau 2018. Anda boleh muat-turun foto-foto yang dikongsi dan hakmilik BULETIN DIGITAL PKG KUALA KRAU. 
Semoga ia membantu pelayar untuk pilih dan guna bahan foto yang dikongsikan. 

Admin
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Kuala Krau
07 September 2018

[ SILA KLIK PADA LINK ATAU FOTOLINK YANG DISEDIAKAN ]

Selamat Datang Ke Buletin Digital PKG Kuala Krau 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
buat semua pelayar BULETIN DIGITAL PKG KUALA KRAU 2018 ini. Semoga paparan berita-berita pendidikan di sekitar PKG Kuala Krau akan menjadi rujukan dan wadah buat semua.Semua ia akan membantu. Sebarang pertanyaan dan penambahbaikan atau penyertaan boleh terus berhubung dengan kami.

Teruskan kekal melayari buletin Digital PKG Kuala Krau untuk bahan berita yang terkini berkaitan pendidikan Kuala Krau.

Admin
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Kuala Krau 2018