Sunday, November 25, 2018

LAWATAN PENANDA ARASAN DAN LAWATAN MUHIBAH PKG KUALA KRAU KE PKG TAHN | 26 NOVEMBER 2018 | MCK

Puan Anita, PTP PKG Tahan ( 3 dari kanan) telah mementerai MoU bersama PKG Kuala Krau untuk menjalankan beberapa program bersama menjelang tahun 2019 kelak. Semoga ia dapat dilaksanakan dengan baik.
 Alhamdulillah, lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya. Semua staf PKG Kuala Krau berjaya melaksanakan prgram ini dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada Puan Anita binti Talib, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tahan di atas sambutan yang diberikan. Walaupun ia ringkas tetapi sangat bermakna untuk meningkatkan hubungan antara staf PKG. Semoga ia memberi manfaat yang baik kepada kita semua.

Berkunjung ke PKG Gelanggi dalam perjalanan pulang dari PKG Tahan tadi. Encik Rosdan (3 hari kanan) telah sudi menyambung dan memberi input yang boleh dikongsikan. Terima kasih dirakamkan buat semua.
Dalam perjalanan pulang, sempat kami singgah membuat lawatan ke PKG Gelanggi. Terima kasih diucapkan kepada Encik Rosdan kerana menerima kunjungan kami tadi. PKG Kuala Krau merancang untuk mengadakan lawatan yang lain bagi berkongsi pendapat, pengalaman dan budaya kerja. Insha Allah kami merancang untuk mengadakan lawatan seperti ini lagi di lokasi lain pada tahun hadapan.

Puan Anita (kiri) dan Nurhuda sedang menandatangani MoU aktiviti lawatan dan program 2019.
Semoga jalinan perhubungan ini dapat mengeratkan lagi pelbagai agenda bersama.
Foto : Fauzi dan Yondrika
Foto-foto peristiwa boleh di akses di : Laman Foto Lawatan Penanda Arasan ke PKG Tahan 2018

No comments:

Post a Comment