Thursday, September 13, 2018

PKG KUALA KRAU DILANDA BANJIR BESAR 2014


Tanggal 24 Disember 2014, satu titip hitam melanda Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau serta penduduk negeri Pahang dan Kelantan apabila banjir besar melanda yang menyamai 'Bah Merah' 1971.
                                   
Bangunan Pusat Kegiatan Guru yang berada di aras bawah blok A Sekolah Kebangsaan Kuala Krau telah di tenggelami air sepenuhnya  selama seminggu bermula 24 Disember 2014 iaitu sehari sebelum perayaan Krismas.

Suasana dan keadaan selepas banjir besar ini begitu menyedihkan. keseluruhan perabot, peralatan ict dan fail-fail didalam premis PKG Kuala Krau musnah keseluruhannya. hampir setahun kami terpaksa beroperasi dengan hanya ada 3 buah meja dan kerusi didalam premis PKG.

Kami bersama pihak sekolah, badan kerajaan, NGO-NGO dari serata negeri serta penduduk kampung bertungkus lumus selama hampir sebulan untuk membaik pulih semula infrastuktur seperti sedia kala. terima kasih kepada semua yang membantu kami. hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas budi baik semua pihak.

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan terjadinya semua perkara. Apa yang dapat kami lakukan hanyalah berdoa agar banjir besar seperti tahun 2014 tidak lagi melanda PKG Kuala Krau. Peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kami anggap ini sebagai sebahagian dari ujian dari-Nya kepada kami agar tidak alpa dan lalai dalam melaksanakan perintah-Nya.



                               Foto-foto PKG Kuala Krau dilanda Banjir Besar 2014

No comments:

Post a Comment