Jika kita hendak membentuk budaya membaca pada semua murid, maka platform inilah paling sesuai. Sekiranya ia sudah menjadi suatu amalan, sudah tentu ia akan memberi impak yang diharapkan. BUDAYA membaca amat penting bagi pembentukan minda seseorang pelajar khususnya. Para pelajar harus didedahkan dengan bahan bacaan dan aspek pembacaan yang berkualiti bagi melahirkan generasi pelapis pada masa hadapan. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari pada tanggal 6 April 1933, Jerman telah menyaksikan segolongan mahasiswa di bawah rejim Nazi melancarkan “Biblioclasm” bagi menghapuskan buku-buku yang kononnya disifatkan “anti-Jerman”.
Kira-kira 2000 tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar buku-buku yang dianggap berbau Confuscian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular.
Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol.
Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang. Ini semua tidak dapat memadamkan budaya membaca kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada individu. Masyakat membaca, masyarakat bertamadun dan berilmu.

Amalan ini harus diteruskan dan ia tidak perlu dibuang jauh dari amalan seharian kita. Jika ia diteruskan hingga ke rumah atau keluarga, sudah tentu ia membawa manfaat yang sangat baik. |