Tuesday, April 30, 2019

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG KE-48 TAHUN 2019

SJK (C) KHEE CHEE | 27 APRIL 2019 - Daerah Temerloh telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi program sambutan hari guru pada tahun ini. Pelbagai program telah dijalankan antaranya adalah pertandingan memancing, pertandingan bowling, pertandingan memasak, program derma darah, program dekad membaca dan pelbagai lagi program yang telah berlangsung sepanjang bulan april ini.



Kemuncak program ini ialah sambutan hari guru yang telah diadakan pada 27 April 2019 di dewan, SJK (C) Khee Chee, Temerloh. Dalam program ini juga telah di umumkan Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan Guru Negeri Pahang 2019. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Zainal bin Abas, Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan seni, Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap wakil rasmi Menteri pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee bin Malik.



                                           Lagi Gambar Disini

Tuesday, April 23, 2019

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2019

                                   
TEMERLOH | 23 APRIL 2019 - Perbadanan Perpustakaan Awam Temerloh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh telah melancarkan program Jom Membaca 10 Minit peringkat daerah Temerloh 2019 di pejabat Majlis Perbandaran Temerloh.






Majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi ini dimulai dengan program membaca selama 10 minit. seramai 120 orang pegawai dan staf Majlis Perbandaran Temerloh terlibat dengan program Jom Membaca ini. Majlis di teruskan dengan ucapan daripada Ketua Perpustakaan Awam Temerloh, Puan Zulaiha Ahmad dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh YDP Majlis Perbandaran Temerloh Puan Jezlily Jamaluddin.




Gambar program disini




VIDEO UCAPAN HARI GURU PKG KUALA KRAU 2019


Edisi Khas Hari Guru PKG Kuala Krau 2019

Tuesday, April 2, 2019

PROGRAM SEMINAR DAN LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019

                             Antara peserta yang menyertai seminar dan lawatan ke pesta buku antarabangsa


02 APRIL 2019 | Majlis Guru Perpustakaan dan Media Sekolah-sekolah Ahli Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Krau dengan Kerjasama PKG Kuala Krau telah mengadakan Seminar dan Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.




En. Mazlan (kanan) bersama Pengerusi Majlis GPM Zon PKG Kuala Krau, En. Sarifuddin



Seramai 40 puluh orang peserta telah mengambil bahagian dalam seminar dan lawatan ini, yang terdiri daripada Guru-Guru Perpustakaan dan Media serta Ahli-ahli Jawatankuasa Perpustakaan dan Media Daerah Temerloh. Banyak pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang menghadiri seminar dan lawatan ini. kami berharap agar segala pengalaman yang di perolehi pada hari ini, dapat di manfaatkan untuk memantapkan lagi pengurusan pusat sumber sekolah masing-masing.




                                            Peserta bergambar kenangan setelah berakhirnya program



Pihak PKG Kuala Krau mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam seminar dan lawatan kali ini. semua peserta telah menunjukkan komitmen yang baik serta menepati masa yang telah ditetapkan. tidak lupa juga kepada barisan AJK Majlis GPM Sekolah-sekolah Ahli PKG Kuala Krau yang di ketuai oleh Cikgu Sarifuddin yang telah bertungkus lumus menganjurkan program ini dengan jayanya.




                                                     Lebih banyak gambar disini














Friday, March 29, 2019

PRAPELANCARAN DEKAD MEMBACA & KEMPEN GALAKAN MEMBACA NEGERI PAHANG #PAHANGMEMBACA 2019

TEMERLOH | 9 APRIL 2019 - PELANCARAN ini telah diadakan di daerah Temerloh dengan meriah sekali. acara yang berlangsung pukul 9.30 pagi ini, dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Allah selamatkan sultan kami. Majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh murid-murid Prasekolah SK Jalan Bahagia,Temerloh. Majlis di teruskan dengan ucapan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar dan ucapan perasmi program Dekad Membaca dan Kempen Galakan Membaca Negeri Pahang iaitu En. Ulya Aqamah Husamudin, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pendidikan Malaysia.

Turut hadir didalam program ini ialah pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, pegawai dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh, pegawai dan staf Pusat Kegiatan Guru Daerah Temerloh, Pengetua dan Guru Besar Daerah Temerloh, pegawai dan staf Perpustakaan Awam Daerah Temerloh, pengurus Men Men Group dan Pengurus Mcdonald Temerloh. Di dalam program ini juga semua para hadirin telah membaca buku selama 30 minit tepat pada pukul 11.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan slogan #PAHANGMEMBACA serentak dengan warga pendidikan seluruh negeri Pahang.

Di akhir program, pihak urusetia telah menyerahkan fail laporan Pahang Membaca kepada Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang dan Encik Ulya Aqamah. Program ini  juga telah mendapat pujian daripada Encik Ulya Aqamah. Beliau begitu gembira dan berbangga dengan statistik yang dikeluarkan  apabila seramai 203,799 orang warga pendidikan seluruh negeri Pahang telah melibatkan diri dalam menjayakan program membaca 30 minit ini.

Kami bagi pihak penganjur sekali mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.

Ingatan tulus ikhlas dari kami kepada :

1. YANG BERBAHAGIA
     EN. ULYA AQAMAH BIN HUSAMUDDIN
     PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

2. YANG DIHORMATI
     TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
     TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG

3. YANG BERUSAHA
    TUAN HAJI WAN ABDUL HAMID BIN HAJI WAN MOHAMAD
    PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH

4. YANG DIHORMATI
    PN. ZULAIHA BT AHMAD
    KETUA PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH TEMERLOH

5. YANG DIHORMATI
    EN. SUFIAN BIN AWANG
    PENGURUS MCDONALD'S TEMERLOH

6.YANG DIHORMATI
   CIK AZLINDA BT MOHAMAD
   EKSEKUTIF PEMASARAN SYARIKAT MEN MEN GROUP SDN BHD

7. YANG DIHORMATI
    YANG DIPERTUA MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DAERAH TEMERLOH

8. YANG DIHORMATI
     YANG DIPERTUA MAJLIS GURU BESAR DAERAH TEMERLOH

9. PEGAWAI - PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

10. PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

11. PEGAWAI DAN STAF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH

12. PEGAWAI DAN STAF PUSAT KEGIATAN GURU DAERAH TEMERLOH

13. PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH TEMERLOH

14. GURU-GURU, MURID -MURID SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG        DAN TIDAK LANGSUNG MENJAYAKAN PROGRAM INI.






Wednesday, March 20, 2019

PROGRAM KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019



Program ini anjuran bersama PPD Temerloh, PKG Kuala Krau, Majlis Guru Perpustakaan dan Media Zon PKG Kuala Krau, PKG Daerah Temerloh dan GPM Daerah Temerloh.
Jom ke PBAKL2019