Wednesday, March 13, 2019

BENGKEL PENGISIAN STS DAN MESYUARAT GPB/FT SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU 2019

                                                  En Mazlan sedang memberi taklimat

20 FEBRUARI 2019 | Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuala Krau telah mengadakan Bengkel pengisian Support Ticketing System (STS) dan mesyuarat untuk Guru-Guru Penyelaras Bestari serta Juruteknik Komputer untuk sekolah-sekolah kelompok. Bengkel ini bermula pada pukul 8.30 pagi di SMK Kerdau.


                                          Ucapan Pengerusi GPB Kelompok En Helmi Reza

Antara pengisian yang terdapat dalam bengkel ini ialah bagaimana sekolah-sekolah dapat membuat laporan kerosakan ICT di sekolah dengan menggunakan sistem STS ini. Selain itu, perkara yang dibincangkan adalah isu penjawatan, masalah ICT di sekolah, tugas-tugas GPB dan lain-lain lagi.
Dalam mesyuarat kali ini juga telah diadakan pelaktikan jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari Kelompok PKG Kuala Krau dan ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Cikgu Helmi Reza dari SK Jenderak Utara sebagai pengerusi.

                                     
                                            Lagi gambar disini

SESI RAKAMAN VIDEO KOPERAT SK PAYA LUAS

                                                       Sesi rakaman Tuan Guru Besar

14 FEBRUARI 2019 | PKG Kuala Krau telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sebuah video koperat untuk Sekolah Kebangsaan Paya luas. Video selama 15 minit ini akan menceritakan segala pencapaian, kelebihan dan kebitaraan Sekolah Kebangsaan Paya Luas ini.

                                                       Rakaman Guru Penyelaras Bestari


Terima kasih kepada pentadbir sekolah, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Paya Luas yang memberi sepenuh kerjasama kepada PKG Kuala Krau dalam menyiapkan rakaman video koperat ini.

                                                              Lebih banyak gambar disini.

Tuesday, March 12, 2019

SESI FOTOGRAFI UNTUK KEGUNAAN CARTA ORGANISASI SK (F) JENDERAK UTARA

12 Mac 2019 | Hari ini sesi Fotografi untuk pengisian carta organisasi pegawai dan staf sekolah telah dibuat oleh PKG Kuala Krau. Jurufoto yang bertugas ialah Encik Mohd Fauzi bin Sulaiman, PTP2 dan Yondrika, Juruteknik komputer. Program sokongan ini bagi membantu pihak sekolah merealisasikan rakaman foto untuk kegunaan profil, pengisian borang dan sebagainya. Semoga khidmat  bantu ini dapat memberi mafaat kepada seluruh warga sekolah.

Thursday, February 28, 2019

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina SJK(C) Kuala Krau 2019 | 15 Februari 2019




                          Untuk lebih banyak foto klik disini

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON PENDIDIKAN KUALA KRAU 2019

                                    Perasmian Penutupan Oleh En. Mohd  Saniy Tiy Abdullah


KUALA MAI BHARU - 19 FEBRUARI 2019 | Zon Pendidikan Kuala Krau telah menganjurkan Kejohanan Olahraga bawah 12 tahun yang bertempat di SK Kuala Mai Bharu. Kejohanan ini melibatkan 13 buah sekolah di dalam Zon Pendidikan Kuala krau. Kejohanan ini juga telah mencatat sejarah apabila SK Jengka 23 dan SK Lipat Kajang turut serta bertanding buat pertama kalinya di dalam Zon Pendidikan Kuala Krau setelah 2 buah sekolah ini di serap masuk ke dalam Zon Pendidikan Kuala Krau pada tahun ini.

                                                             Acara Lari Berpagar

      Juara keseluruhan pada kejohanan kali ini di menangi oleh SK Kuala Mai Bharu. Majlis penutupan telah di rasmikan oleh Pengerusi MGB Zon Pendidikan Kuala Krau, Encik Mohd Saniy Tiy Abdullah dari SK Felda Jenderak Utara. Kejohanan ini berlangsung dengan jayanya, semua peserta yang menyertai kejohanan ini bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

                                   En. Saniy Tiy Kelihatan Memberi Taklimat Kepada Petugas

      Untuk lebih banyak foto aksi-aksi pada Kejohanan Olahraga Zon Pendidikan Kuala Krau 2019, boleh klik disini

Sunday, January 20, 2019



SK KUALA KRAU : Pada 21 januari 2019, bertempat di Dewan SK Kuala Krau telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2019. Majlis ini dirasmikan oleh Sarjan Nor Shuhaida binti Kasim, Penolong Pegawai Penyiasat IPD Temerloh.

       Seramai 64 orang murid terlibat dalam majlis penyerahan watikah ini yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Sijil pelantikan disampaikan oleh Sarjan Shuhaida pada majlis tersebut.

      Majlis yang bermula tepat pukul 8 pagi itu, dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang. ini diikuti ucapan Guru Besar dan Ucapan Perasmi, Sarjan Shuhaida. Kemuncak majlis adalah Gimik Pelancaran dan penyampaian watikah. Majlis berakhir pada pukul 10 pagi dengan semua peserta bergambar kenangan bersama Tuan Guru Besar SK Kuala Krau, En. Mohd Rahimi bin Ibrahim dan Sarjan Shuhaida.

Gambar-gambar sepanjang program tersebut boleh klik disini

Monday, January 14, 2019

MESYUARAT PENGURUSAN PKG KUALA KRAU BIL.1/2019

Mesyuarat ini telah diadakan di PKG Kuala Krau dan berlangsung dengan lancar pada hari ini 15 Januari 2019, bersamaan 9 Jamaldi Awal 1440H. Banyak perkara dan aktiviti telah disusun yang akan dijalankan mengikut Sasaran Kerja Tahun 2019. Semnoga ia berjalan dengan baik seperti yang direncanakan.