Wednesday, November 21, 2018

KLIP FOTO JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT SK KUALA KRAU | HOTEL SERI MALAYSIA, TEMERLOH | 19 NOVEMBER 2018 | MCK



Saksikan Klip Foto yang dirakaman pada majlis tersebut. Semoga ia menjadi kenangan terbaik buat kita semua.

Hakmilik | BULETIN DIGITAL@PKG KUALA KRAU 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK KUALA KRAU | 21 NOVEMBER 2018 | DEWAN TERBUKA

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga ia membawa makna yang indah dalam merialisasikan suatu yang akan dikenang sepanjang zaman.

Foto oleh : Yondrika
Download foto Foto-foto peristiwa HAKSKKK2018
Hakmilik PKG Kuala Krau 2018

Monday, November 19, 2018

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU SK KUALA KRAU | 19 NOVEMBER 2018 | 8.00 MALAM | HOTEL SERI MALAYSIA | TEMERLOH | MCK


Guru-guru memperagakan Arabic Style sebagai tema majlis kali ini.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Guru SK Kuala Krau yang telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam yang diadakan pada malam tadi. Suasana yang ceria dengan bertemakan Arabic Style. Sambutannya juga begitu baik dan boleh diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Turut hadir bersama dalam majlis ini, saudara Mazlan bin Che Kob, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Kuala Krau. Majlis dimulakan seawal jam 8.30 malam dan telah berjalan dengan lancar. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama guru, staf dan keluarga.

Klik Di sini : Foto-foto peristiwa Majlis Jamuan Makan Malam SK Kuala Krau 2018

Thursday, October 4, 2018

BENGKEL PENGOPERASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU EDISI 1-2018

BATU SAWAR - 3 OKTOBER 2018 | Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau dengan kerjasama SK Batu Sawar telah menganjurkan bengkel ini. Usaha ini bagi membantu para Guru Perpustakaan dan Media (GPM) kelompok PKGKK meningkatkan pengetahuan, kebolehan mengurus PSS dan memberi pendedahan pengoperasian PSS abad 21. 
Tuan Haji Mohamed Kamal Hashim ( Dua dari Kanan) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta yang hadir. Turut  hadir dalam majlis ini, Tuan Haji Hamdan, Guru Besar SK Batu Sawar.

Dalam ucapannya,  Tuan Haji Hamdan, selaku Guru Besar SK Batu Sawar menegaskan bahawa peri pentingnya pengetahuan pengurusan PSS ini. " Kita berharap proses ini akan berterusan sehingga membawa kejayaan yang diharapkan." ujar Tuan Haji Hamdan.

Bengkel pengoperasian ini telah dipimpin oleh Saudara Mazlan Che Kob, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Krau. Banyak info telah disampaikan melalui bengkel kali ini. Ia akan diteruskan sebagai aktiviti rutin bagi membantu GPM menguruskan PSS.

Majlis penutupan bengkel kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Pahang. "Menguruskan PSS ini memerlukan ketekunan dan kerjanya juga berterusan." tegas beliau dalam ucapan penutupan.

Edisi kali ini dihadiri oleh semua sekolah kelompok PKG Kuala Krau dan rata-rata melahirkan perasaan teruja apabila info-info yang disampaikan dapat membantu mereka menguruskan pusat sumber sekolah masing-masing. Semoga program seperti ini diadakan dari masa ke semasa bagi membantu GPM menguruskan PSS dengan lebih cekap dan secara lebih berkesan.

Foto aktiviti :
Papar/muat-turun foto-foto peristiwa/aktiviti