Thursday, October 4, 2018

BENGKEL PENGOPERASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KELOMPOK PKG KUALA KRAU EDISI 1-2018

BATU SAWAR - 3 OKTOBER 2018 | Pusat Kegiatan Guru Kuala Krau dengan kerjasama SK Batu Sawar telah menganjurkan bengkel ini. Usaha ini bagi membantu para Guru Perpustakaan dan Media (GPM) kelompok PKGKK meningkatkan pengetahuan, kebolehan mengurus PSS dan memberi pendedahan pengoperasian PSS abad 21. 
Tuan Haji Mohamed Kamal Hashim ( Dua dari Kanan) telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta yang hadir. Turut  hadir dalam majlis ini, Tuan Haji Hamdan, Guru Besar SK Batu Sawar.

Dalam ucapannya,  Tuan Haji Hamdan, selaku Guru Besar SK Batu Sawar menegaskan bahawa peri pentingnya pengetahuan pengurusan PSS ini. " Kita berharap proses ini akan berterusan sehingga membawa kejayaan yang diharapkan." ujar Tuan Haji Hamdan.

Bengkel pengoperasian ini telah dipimpin oleh Saudara Mazlan Che Kob, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kuala Krau. Banyak info telah disampaikan melalui bengkel kali ini. Ia akan diteruskan sebagai aktiviti rutin bagi membantu GPM menguruskan PSS.

Majlis penutupan bengkel kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Pahang. "Menguruskan PSS ini memerlukan ketekunan dan kerjanya juga berterusan." tegas beliau dalam ucapan penutupan.

Edisi kali ini dihadiri oleh semua sekolah kelompok PKG Kuala Krau dan rata-rata melahirkan perasaan teruja apabila info-info yang disampaikan dapat membantu mereka menguruskan pusat sumber sekolah masing-masing. Semoga program seperti ini diadakan dari masa ke semasa bagi membantu GPM menguruskan PSS dengan lebih cekap dan secara lebih berkesan.

Foto aktiviti :
Papar/muat-turun foto-foto peristiwa/aktiviti